Aktiviti

Mengandungi aktiviti perbincangan iaitu:-

 

Di dalam aktiviti 1 ini,

 

1) Para pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan.

2) Guru akan memberikan soalan perbincangan untuk setiap kumpulan.

3) Kumpulan yang pertama akan membincangkan mengenai punca-punca yang menyebabkan berlakunya gejala melepak. Manakala kumpulan kedua akan membincangkan mengenai kesan dari budaya melepak dan kumpulan ketiga pula akan membincangkan tentang cara mengatasi masalah melepak ini.

4) Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk membuat perbincangan dalam kumpulan mereka.

5) Setelah selesai, guru akan mengarahkan seorang wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja perbincangan yang mereka telah lakukan.